in , , ,

ChentaChenta

Bantu Gaza Dengan Beli Game Buatan Pembangun Palestin Ini, Termasuk Percuma Ratusan Game Indie Yang Didermakan

Satu bundle di itch.io telah menggerakkan usaha untuk mengumpulkan dana membantu rakyat Palestin, terutamanya rakyat Gaza yang terkesan dengan serangan rejim zionis Israel baru-baru ini.

Dengan hanya bantuan serendah USD5 (sekitar RM20), kita akan mendapat game berjudul Liyla and the Shadows of War, sebuah game indie yang dibangunkan oleh pembangun berasal dari Palestin, Rasheed Abueideh.

Bukan itu sahaja, bagi merancakkan lagi kempen ini, ratusan pembangun game lain dari pelbagai negara telah bersama-sama untuk mendermakan game masing-masing ke dalam bundle ini secara percuma. Bermakna, dengan hanya membayar sekitar RM20, kita akan mendapat lebih daripada 800 game indie.

Semua keuntungan yang dikumpulkan melalui kempen ini akan didermakan kepada tabung Gaza Emergency yang diuruskan oleh United Nations Relief and Works Agency (UNRWA).

Korang lihat sendiri dan terus bantu kempen ini di pautan ini.

JomGaming ada melaporkan tentang Liyla and the Shadows of War pada tahun 2017.

Rasheed pernah menyatakan bahawa apabila peperangan menyerang Gaza sekali lagi, bilangan manusia yang terkorban adalah sangat ramai, terutamanya kanak-kanak. Sebagai seorang ayah yang mempunyai tiga cahaya mata, Rasheed merasakan beliau perlu melakukan sesuatu. Justeru, beliau membangunkan sebuah game yang menceritakan penderitaan yang dihadapinya, dengan harapan pengalaman ini dapat dikongsi dengan lebih ramai.

“Saya percaya game adalah medium terbaik untuk berkongsi perasaan dan pengalaman,” kata Rasheed. “Dan melalui cara ini, saya mampu meyakinkan orang untuk bekerja dengan saya secara percuma jika mereka percaya apa yang saya percaya. Dan saya berjaya melakukannya, jadi kami mula membangunkan Liyla and the Shadows of War.”

Bagi korang yang tidak berpeluang untuk membantu melalui dana ini, korang juga boleh menyokong game ini dengan muat-turunnya terus dari App Store atau Google Play secara percuma.

Terima kasih, Kotaku.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Screenshot Dari Gameplay Battlefield 6 Pula Tertiris, Memaparkan Beberapa Kenderaan Moden

Ratchet & Clank: Rift Apart Akan Menampilkan Ray-Tracing Dengan 60fps