Terpinga-pinga warga Bangsar melihat kegilaan geng-geng esports CS:GO, DotA 2 dan FIFA 18 yang turun memeriahkan Bangsar Shopping Centre!
Hujung minggu sudah, Bangsar Shopping Centre telah menjadi tuan rumah bagi acara BANGSAR SHOPPING CENTRE ESPORTS LEAGUE (BSCEL).
Liga esports yang mempertandingkan CS:GO, DotA 2 dan FIFA 18 ini menawarkan wang hadiah terkumpul bernilai RM30,000 dan disertai pasukan-pasukan esports daripada Malaysia, Singapura, dan Indonesia!
Turut hadir memeriahkan acara ini adalah En Mohd Azhari Bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan. Perwakilan daripada Majlis Sukan Negara dan Esports Malaysia turut hadir bagi menyaksikan kemeriahan acara ini.
Kesudahannya, berikut adalah senarai pemenang-pemenang bagi setiap acara:
CS:GO
Juara: Frostfire
Naib Juara: AeS.Devious
Tempat Ke-3: Leapfrog
Tempat Ke-4: VG.Anthrax
DotA 2
Juara: Blackjack
Naib Juara: Frostfire
Tempat Ke-3: Sister Hunter
Tempat Ke-4: Team 5ive
FIFA 18
Juara: EVOS x The Prime
Naib Juara: Rafael_Akinabalu
Tempat Ke-3&4: SSFC & PRDGIAKSIS_DUO
Terpinga-pinga warga Bangsar melihat kegilaan geng-geng esports CS:GO, DotA 2 dan FIFA 18 yang turun memeriahkan…
Posted by JomGaming on Ahad, 29 Julai 2018
Syabas kepada Gamers Identity Platform (GiP) & Gamesbond selaku penganjur utama, dan Bangsar Shopping Centre selaku penaja utama acara ini. Terima kasih juga diucapkan kepada LG, Orange AK Racing, Sades dan Redbull yang turut menaja acara ini. Tahun depan bikin lagi gempak!
Comments
Loading…