in

Bandai Namco Umumkan Tales of Vesperia: Definitive Edition

Bandai Namco mengumumkan Tales of Vesperia: Definitive Edition untuk platform PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC melalui Steam.

Asalnya di platform Xbox 360 dan PlayStation 3 (Jepun sahaja), Definitive Edition ini nanti akan memberikan banyak pembaharuan!

Antara yang best adalah resolution yang ditambahbaik (1080p, 1440p, 4k),audio dwibahasa (Jepun atau Inggeris), aktiviti, dan kandungan yang asalnya ekslusif di pasaran Jepun sepertikarakter baru Patty Fleur dan Flynn Scifo dan BANYAK lagi!

Tales of Vesperia: Definitive Edition menggunakan sistem kombat yang mana seorang pemain mengawal seorang watak disamping dengan 3 kawan AI-nya. Alternatifnya, 3 kawan ini boleh dikawal secara local co-op. Untuk versi ini jugak, pemain boleh menukar party member dalam battle pada bila-bila masa sahaja berbanding dengan menukarkan di luar battle. Setiap watak mempunyai serangan jenis fisikal dan magic dan ianya boleh bercampur aduk mengikut kreativiti pemain.

Anda kagum dengan berita ini ? Berita baiknya adalah Tales of Vesperia: Definitive Edition akan dipasarkan pada hujung tahun ini.

Sumber : Gematsu

Written by Kaiz Amari-Tai

Dilahirkan menjadi gamer tegar. Guest-writer JomGaming ini berminat dengan semua benda berkaitan videogames. Ingin menjadi streamer untuk menunjukkan betapa pengaruhnya videogames dalam hidup. AAA atau indies, janji videogames.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gamers Xbox One Nanti Boleh Sertai Jutaan Gamers Dalam MMORPG Black Desert Online!

Starfield Adalah “Game Generasi Seterusnya” Oleh Bethesda, Guna Latar Belakang Sci-Fi