in , , , ,

Bandai Namco Akan Adakan Livestream ISTIMEWA Untuk Dragon Ball FIghterZ Pada Awal Pagi Nanti

Bandai Namco tidak mahu korang lepaskan livestream ini!

Selepas mengeluarkan sebuah trailer yang cukup epik semalam – memperlihatkan Beerus, Hit dan Goku Black buat kali pertama – hari ini Bandai Namco mengumumkan sesuatu yang lebih menarik.

Bandai Namco telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu sesi livestream “istimewa” pada 4 pagi, 19 Disember 2017 (waktu Malaysia). Mereka akan tampilkan tiga Youtuber dalam livestrean ini, iaitu ,  dan , dan mereka tidak mahu korang terlepas untuk menonton livestream ini!

Korang boleh saksikannya di laman Twitch rasmi Bandai Namco US.

Apa yang bakal didedahkan dan diperlihatkan dalam livestream ini? Persoalan ini hanya akan terjawab pada awal pagi nanti!

Dragon Ball FighterZ akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 26 Januari 2018.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Laporan Baru: 2 Game Battlefield Sedang Dibangunkan Oleh DICE – Bad Company 3 Dan Perang Dunia Kedua!

Need For Speed Payback: Lebih Banyak Kereta Dan Aktiviti Terbaru Dalam Kemaskini Percuma