in , ,

Bahagian ‘Search’ Dalam PlayStation Store Nampaknya Bakal Berubah, Boleh Cari Penerbit Dan Genre

Kenapa ambil masa terlalu lama?

Jangan tipulah kalau korang kata tak pernah rasa menyampah dengan bahagian ‘Search’ dalam PlayStation Store di PS4. Perlu pilih satu persatu huruf secara vertikal sememangnya satu yang menyeksakan.

Bahagian ‘Search’ dalam PS Store pada masakini.

Terbaru, menurut seorang pengguna di forum Resetera, UI bahagian Search yang sekarang ini akan ditinggalkan dan bakal berubah ke satu UI baru yang lebih ringkas dan mudah dalam kemaskini firmware 6.0 akan datang. Pengguna itu telah berpeluang untuk mencuba versi beta firmware terbaru itu.

Ia akan menggunakan UI keyboard QWERTY, dan korang boleh lihatnya di bawah:

Lebih menarik, para pemain juga boleh mencari game yang diingini berdasarkan penerbit dan genre. Dapat dilihat di bawah, pengguna itu mencari kata-kata kunci seperti “ubisoft”, “racing” dan “horror”.

Selain keyboard, UI di PlayStation Store secara keseluruhan juga kelihatan akan mendapat nafas baru:

Sony belum mengumumkan bilakah kemaskini firmware 6.0 ini akan dilancarkan untuk semua pengguna PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan 2 Trailer Sinematik Baru Assassin’s Creed Odyssey, Paparkan Kassandra Dan Alexios Bertempur

Firma Guaman Jemput Komuniti Esports Hadiri Sesi Sembang Esports & Undang-Undang!