Tak sampai 16 jam dah capai sasaran tajaan Kickstarter! Ini dia satu lagi combat flight action game untuk mereka yang gemar melayang di angkasa.

Kelihatan seperti ianya dipengaruhi gaya gameplay Ace Combat yang memerlukan korang bertempur dan dogfight merentasi zon-zon berdasarkan alkisah sejarah di dunia seakan masakini. Khabarnya ada 20 jet pejuang dan 40 senjata unik dirancang bagi Project Wingman yang turut meletakkan platform VR sebagai salah satu platform permainan.

Selain Conquest Mode dengan story-nya, terdapat juga Free Flight mode untuk korang jelajahi dunia Project Wingman sambil menikmati soundtrack yang dibikin oleh José Pavli, komposer bagi Morphies Law, TimeSplitters Rewind, Project Wingman dan Galactic Battles.

Team yang sedang membangunkan Project Wingman ini mensasarkan dana sebanyak AU$35,000 dan tak sampai 16 jam ianya sudah berjaya melebihi sasaran dana tersebut.

Cuba DOWNLOAD dan mainkan demonya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.