Negara yang mempunyai jumlah gamer paling ramai di dunia telah melakukan sesuatu yang agak drastik dalam membendung ketagihan bermain video game.

Kerajaan China telah memperkenalkan satu undang-undang baru pada Selasa bagi membendung ketagihan bermain video game dalam kalangan golongan muda. Mereka yang berumur 18 tahun ke bawah sekarang dilarang untuk bermain video game lebih daripada 90 minit sehari, dan juga tidak boleh bermain bermula dari 10 malam hingga 8 pagi.

Sekatan masa (tidak boleh main 10pm-8am) itu berjalan tujuh hari seminggu, manakala sekatan 90-minit sehari itu hanya berlangsung dari Isnin hingga Jumaat. Pada hujung minggu, golongan muda dibenarkan bermain sehingga tiga jam sehari.

Bukan itu sahaja, malah China turut mengehadkan jumlah microtransactions yang dibuat oleh gamer muda seperti membeli DLC, kostum, senjata, dan item-item lain menerusi dalam game. Mereka kini hanya dibenarkan membelanjakan dari USD28 (RM116) hingga USD57 (RM236) sebulan, bergantung kepada umur pemain tersebut.

Selain itu, untuk setiap akaun gaming online, mereka perlu mendaftar menggunakan nama dan identifikasi sebenar.

Menurut laporan New York Times, undang-undang baru ini bukan sahaja untuk membendung masalah ketagihan bermain video game, malah untuk mengatasi isu rabun jauh dan prestasi akademik yang merosot dalam masyarakat.

Walaupun tindakan ini dirasakan seperti agak mengejutkan, namun laporan tersebut mengatakan bahawa industri gaming di China sudah menjangkakannya lebih awal, dan mereka telahpun mempersiapkan game masing-masing untuk menjalankan undang-undang baru.

1 komen

  1. ‚Ā£bukan sulap bukan sihir adakadabraa……duit 20ribu bisa menjadi jutaan…. segera aja ke QQHarian yaaaachh…BUKTIKAN!!!

JomKomen!