in , , , ,

Baghdad, Jepun Atau Azetc – Mana Satu Latar Belakang Yang Akan Digunakan Dalam Assassin’s Creed Seterusnya?

Beberapa bulan atau tahun sebelum sesebuah Assassin’s Creed yang baharu keluar, kita sentiasa digembar-gemburkan dengan pelbagai khabar angin mengenainya.

Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan kali ini lain daripada lain adalah terdapat tiga ura-ura berbeza dari tiga sumber yang boleh dipercayai dalam minggu yang sama.

Laporan pertama datang dari seorang Youtuber terkenal, iaitu ACG yang mengatakan game seterusnya dalam francais itu akan menggunakan latar belakang Aztec, iaitu Empayar yang pernah berdiri sekitar Mexico dari abad ke-15 hingga ke-16.

ACG walau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai laporan itu.

Laporan kedua pula hadir dari wartawan tersohor Bloomberg, Jason Schreier di Reddit. Beliau mengatakan yang Assassin’s Creed seterusnya adalah “Rift” (nama kod) yang akan menggunakan latar belakang Baghdad, Iraq. Kemungkinan besar ketika zaman keemasan Islam semasa berdirinya kerajaan Abbasiah.

Schreier kemudian menambah bahawa selepas Rift, barulah Infinity, iaitu sebuah game live servie untuk Assassin’s Creed yang akan menampilkan pelbagai latar belakang dan karakter dari francais tersebut. Lebih menarik, beliau berkata akan ada dua watak utama dalam Infinity, dan tiada seorang pun daripadanya datang dari latar belakang Aztec.

Merumitkan lagi ura-ura ini apabila terdapat pula laporan ketiga yang datang dari seorang lagi wartawan tersohor iaitu, Jeff Grubb. Beliau mengatakan pula yang Assassin’s Creed seterusnya akan berlatarbelakangkan tamadun Jepun.

Walau bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut. Oleh itu, kita tidak pasti sama ada tema Jepun ini akan hadir selepas Rift yang bertemakan Baghdad (atau Aztec?) atau ia akan hadir sekali dalam Infinity.

Apa pun khabar angin yang muncul, kesahihannya hanya akan terjawab apabila Ubisoft sendiri yang mengumumkannya. Sama-samalah kita tunggu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Gameplay Rasmi Pertama The Division Resurgence – Game Mobile Akan Datang Dari Ubisoft

Soulframe: Game Terbaru MMORPG Percuma Dari Pembangun Warframe