in , , ,

Bagaimana Untuk Menyertai Program Xbox Insider? Ini Caranya

Program Xbox Insider agak mengelirukan untuk memasukinya kerana tidak seperti Windows 10 yang ada di kedua-dua desktop dan peranti mudah alih, Insider Hub adalah lebih daripada sekadar tempat untuk memasukkan maklum balas dan berita. 

Pertama sekali, apa itu Program Xbox Insider? Program ini bertujuan untuk memberi keutamaan kepada pengguna Xbox One yang menyertai program ini supaya korang boleh mencuba ciri-ciri terbaru (Beta) yang disediakan oleh Microsoft. Tidak kira sama ada ciri-ciri itu seperti sistem baru, game baru atau aplikasi baru.

Korang dapat menggunakannya dahulu sebelum pengguna-pengguna Xbox lain yang tidak mendaftar program ini. Selepas korang mencubanya, korang boleh memberikan maklum balas dan pendapat korang mengenai ciri-ciri terbaru tersebut.

Korang tidak akan boleh menyertainya dari settings. Oleh sebab itu, kami menggumpulkan bersama-sama panduan berguna untuk menunjukkan korang bagaimana untuk menyertai program tersebut.

  1. Jika korang bukan sebahagian dari Program Xbox Preview yang lama, korang kena mencari Xbox Insider Hub di store. Jika sudah, lihat kemas kini di seksyen My Games & Apps untuk mengemas kini Insider Hub.
  2. Terima terma dan syarat selepas membuka Xbox Insider Hub.
  3. Di skrin utama untuk Insider Hub, pergi ke seksyen Insider content dan pilih seksyen Xbox One Update Preview.
  4. Hanya tekan butang join di page seterusnya dan korang sudah masuk! Perlu diingatkan bahawa ia akan mengambil masa selama 72 jam untuk mula mendapatkan kemas kini preview.

Perlu diingatkan juga bahawa untuk ia kembali terbina stabil selepas itu, korang mungkin perlu reset sistem. Korang akan menyimpan semua game korang, tapi korang akan perlu melalui proses persediaan awal sekali lagi. Jika korang ingin meninggalkan program ini pada bila-bila masa, walaupun pada mulanya sudah diterima, korang boleh pergi ke seksyen settings aplikasi untuk hentikan Xbox One korang daripada menerima sebarang binaa preview.

Ia juga perlu diperhatikan bahawa Program Xbox Insider adalah sedikit berbeza daripada tradisional Windows Insider. Korang juga perlu mengemukakan maklum balas untuk memberitahu mereka, ada empat kesemuanya. Jika korang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang peringkat tersebut, korang boleh lihatnya di sini.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rainbow Six Siege Tidak Akan Ditambah Dengan Game Mode Baru, Sasarkan 50-100 Operators

Pengarah Overwatch Mahu Sony Dan Microsoft Haramkan Penggunaan Mouse/Keyboard Di Konsol