Firmware 4.50 telah pun dilancarkan sebentar tadi. Dan dengan update ini, beberapa fungsi tambahan telah diadakan. Bersyukurlah boleh tambah external HDD!

JomBaca: PS4 Bakal Menyokong External HDD, Custom Wallpapers Dan Banyak Lagi Dalam Update 4.50

Sejujurnya, PlayStation 4 dengan 500GB ataupun 1TB takkan pernah mencukupi bagi gamers yang memiliki banyak games dan rakaman serta screenshot gameplay! Walaupun kita boleh menukar HDD PS4 kepada HDD bersaiz 2TB – ianya masih belum mencukupi!

Xbox One telah memiliki fungsi menggunakan external HDD, baru hari ini pengguna PS4 dapat merasa ‘kemewahan’ ini. Berikut adalah cara bagaimana untuk menggunakan fungsi external HDD ini.

Langkah 1

Cucukkan external HDD korang ke USB port PS4. Pastikan external HDD itu memiliki USB 3.0 (sehingga 8TB!). Korang boleh menggunakan external HDD bersaiz 3.5 ataupun yang 2.5. Dalam artikel ini, sebagai contoh, kami menggunakan Nyko 1TB.

JomBaca: External HDD Mana Yang Patut Korang Beli Bagi PlayStation 4 Korang?

Langkah 2

Format dahulu external HDD korang. Pergi ke Settings > Devices > USB Storage Devices di dalam PS4 korang. Pilih external HDD, dan pilih Format as Extended Storage. *Awas: Proses ini akan memadam semua kandungan HDD korang, pastikan korang backup data dahulu.

Langkah 3

Apabila ianya sudah siap diformat, pergi semula ke Settings > Devices > USB Storage Devices, dan korang sepatutnya dapat melihat ikon hijau di sebelah HDD yang diformat. Nah, HDD anda sudah siap untuk digunakan!

Bagaimana Untuk Menukar Lokasi Installation?

Untuk menukar lokasi installation, pergi semula ke Settings > Devices > USB Storage Devices, pilih HDD pilihan, tekan butang Options di DualShock 4 dan tekan Confirm. Korang boleh melihat melihat teks “Application Install Location” di HDD pilihan korang.

Bagaimana Memindahkan Game Yang Telah Di-Install, Media?

Hanya aplikasi dan game PS4 yang dapat di-install ke external HDD. Game perlu di-install semula ke external HDD. Saved Data dan fail-fail lain seperti screenshot dan rakaman gameplay masih akan disimpan di dalam internal HDD PS4 korang.

1 COMMENT

  1. Terbaik…

    Untuk pengetahuan korang, external HDD untuk PS4 guna filesystem milik Sony dan ia tidak boleh diakses oleh mana2 PC tak kira platform Windows, Mac mahupun Linux.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.