in , , ,

Bagaimana Komuniti Reddit Menukar Screenshot Marvel’s Spider-Man Menjadi Hasil Seni

Screenshot asal pun dah buat penulis terpesona. Hasil kerjasama komuniti Reddit mencantikkan ia lagi.

Semalam ulsafar, seorang Redditor telah berkongsi screenshot yang beliau ambil daripada gameplay Marvel’s Spider-Man beliau.

Penulis yang tengah scroll subreddit ni terpesona sekejap. ulsafar kemudian berkongsi imej asal yang diambilnya.

Pagi tadi, penulis buka kembali subreddit dan thread tersebut. Dan penulis tersenyum kegembiraan melihat kerjasama gamers dan ahli komuniti Reddit menghasilkan karya cantik daripada screenshot asal ulsafar.

 

PhantomCheezit pula menambahbaik screenshot yang diambil itu menjadi lebih besar, dan lebih indah. Membuang burung, kapalterbang dan menaikkan sedikit contrast warnanya.

CaptF***ingAmerica pula menganimasi imej asal menjadi satu animasi indah. Begitu simple, begitu syahdu.

Skeletor1991 pula telah menghasilkan 2 poster fanmade hasil daripada screenshot asal tersebut.

Aduhai. Penulis semakin terpesona dengan hasil kerja makin indah, makin hebat. Benarlah kata orang, muafakat membawa berkat. Lebih-lebih lagi apabila ianya mengangkat hobi dan minat ke peringkat lebih tinggi. Tahniah Reddit.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dunia Cyberpunk 2077: Cerita Dari Tabletop Game Disambung Ke Video Game (Siri 1)

Jom Sertai Pertandingan PES 2019 2v2 Pertama Di Kuala Lumpur, RM1,800 Jadi Rebutan!