in , ,

Bagaimana Hendak Mainkan Fortnite Secara Split-Screen Di PS4? Ini Caranya!

Ramai sebenarnya tidak perasan bahawa Fortnite Battle Royale sebenarnya telah menambah satu fungsi yang sangat baik, iaitu keupayaan untuk bermain split-screen dengan dua pemain melalui satu sistem yang sama.

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Fortnite telah menambah fungsi ini hanya untuk PS4 dan Xbox One — masih belum ada platform yang lain. Dalam artikel kali ini, JomGaming akan ajarkan cara bagaimana untuk mengaktifkan fungsi ini di PS4.

  1. Semestinya, perlu mempunyai dua (2) controller DualShock 4.
  2. Masuk ke menu utama Fortnite menggunakan pemain 1
  3. Login pemain 2 ke PlayStation Network (perlu ada 2 akaun PSN berbeza antara pemain 1 dan pemain 2).
  4. Di menu Fortnite Battle Royale, pemain 2 harus tekan butang O dengan lama (hold).
  5. Hanya seorang pemain sahaja boleh mengawal menu (mengubahsuai skin, lihat stats, dll) dalam satu-satu masa. Tekan butang O untuk menukar siapa yang mengawal menu.
  6. Hanya pemain 1 yang boleh menukar playlist/memulakan matchmaking.
  7. Pilih playlist yang ingin dimainkan (hanya Duos atau Squads yang dibenarkan).
  8. Tekan butang segitiga untuk mulakan matchmaking.

Dan korang dah pun bersedia untuk bermain Fortnite secara splits-screen, squad-up bersama keluarga atau rakan-rakan yang berada di sebelah. Selamat gaming!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Witcher 3: Best Ke Patch Baru?

Penulis The Witcher Tandatangan Perjanjian Baru Bersama CD Projekt Red, Tamatkan Pertikaian Sebelum Ini

Ini 10 Game Mobile Paling Banyak Dimuat-Turun, Paling Banyak Dibelanjakan Sepanjang Dekad Ini

Ini 10 Game Mobile Paling Banyak Dimuat-Turun, Paling Banyak Dibelanjakan Sepanjang Dekad Ini