Menu
in

Badan Rating Game, PEGI Dan ESRB Akan Letakkan Label Kalau Ada Lootbox Dalam Game

Beberapa negara Eropah cukup lantang menghentam kehadiran lootbox dalam sesebuah game, antara yang ke hadapan ialah negara Belgium.

Kini, badan rating game Eropah, PEGI akan meletakkan label sekiranya sesebuah game itu mempunyai sistem lootbox.

Label “Includes Paid Random Items” akan dicetak di kulit belakang game fizikal dan di deskripsi game online. Untuk game yang tiada sistem lootbox atau pemberian ganjaran secara rawak, tapi mempunyai sistem pembelian item dalam game, label akan meletakkan “In-Game Purchases”.

Contohnya seperti di bawah:

Sebelum ini, badan rating Amerika Syarikat, ESRB juga telah melakukan perkara yang sama, iaitu meletakkan label “Includes Random Items”.

Makanya selepas ini, pemain seharusnya lebih mudah untuk mengenalpasti sama ada sesebuah game itu mempunyai sistem lootbox ataupun tidak. Buat pilihan bijak sekiranya tidak mahu terpedaya dengan sistem ini yang pernah disifatkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebagai satu bentuk perjudian dalam diam.

Sumber: VG247

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version