in ,

Backward Compatibility Di PS5 Hanya Boleh Mainkan Game PS4, Tidak Boleh Game PS3, PS2, PS1 – Kata Ubisoft

Sony sebelum ini sudah menyatakan yang sebilangan besar game PS4 akan boleh dimainkan di PS5 menerusi fungsi backward compatibility. Sehingga kini, mereka belum mengeluarkan sebarang kata putus rasmi sama ada game dari konsol generasi lebih awal daripada itu akan boleh dimainkan di PS5 ataupun tidak.

Terkini, Ubisoft telah mengemaskini laman sokongan mereka dan memberikan sedikit butiran tentang konsol generasi akan datang Sony itu. Menurut Ubisoft, hanya game-game PS4 yang disokong sahaja (bukan semua) boleh dimainkan di PS5, manakala disk-disk game original dari PS3, PS2 dan PS1 tidak boleh dimainkan di PS5 langsung.

Butiran ini ditemui oleh akaun Twitter @Nibellion, yang turut berkongsikan screenshot kenyataan tersebut. Walau bagaimanapun, setelah butiran ini dilaporkan oleh banyak laman berita, kenyataan tersebut telah dipadamkan oleh Ubisoft.

Setakat ini, kita masih belum mengetahui apakah alasan mereka memadamkan butiran itu. Apakah sama ada info tersebut adalah ralat, disalahtafsir atau Ubisoft mengumumkannya terlalu awal — tidak dapat kita pastikan lagi.

Sekiranya butiran ini adalah sahih, maka akan terbantutlah hasrat pemain yang masih menyimpan disk-disk original game PS3, PS2 dan PS1 kerana akan tetap terus menjadi koleksi semata-mata tanpa dibenarkan untuk dimainkan di PS5.

PS5 akan dilancarkan hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sony Ingin Bawakan Lebih Banyak Game Eksklusif PlayStation Ke PC

Sony Ingin Bawakan Lebih Banyak Game Eksklusif PlayStation Ke Platform PC

Gameplay Fall Guys: Season 2 Diperlihatkan, Bertemakan Zaman Pertengahan

Bidaan Jenama Untuk Skin Fall Guys Berjaya Kumpul RM4.15 Juta, Didermakan Ke Kebajikan