Beberapa hari lalu, Backbone telah mengumumkan Backbone One, iaitu controller gaming untuk iPhone, diinspirasikan daripada warna dan rekaan controller DualSense PS5 serta mendapat lesen rasmi PlayStation.

Backbone One akan memudahkan para pemain untuk bermain game-game PS4 dan PS5 menggunakan aplikasi PS Remote Play. Apa yang korang perlukan hanyalah konsol PS4/PS5 dan sambungan internet yang baik — pasangkan iPhone ke Backbone One dan korang akan dapat main game-game PlayStation secara streaming.
Selain bermain menggunakan aplikasi PS Remote Play, Backbone One juga boleh digunakan untuk bermain mana-mana game mobile dari App Store yang menyokong controller seperti Genshin Impact, Fantasian, Call of Duty: Mobile dan lain-lain.
Lebih menarik, Backbone One mengambil kuasa dari iPhone yang dipasangkan, maka controller ini tidak perlu dicas.
Terkini, laman rasmi Backbone One telah mendedahkan harga rasmi dalam Ringgit Malaysia iaitu RM495.
Laman itu turut menyatakan yang pra-tempah untuk Android sudah boleh dilakukan sekarang, dan penghantaran akan dibuat sekitar November 2022.

Comments
Loading…