in

Babak Pembukaan Uncharted 4 Adalah Yang Terbaik Dalam Sejarah, Kata Naughty Dog

Naughty Dog menjanjikan pembukaan yang penuh kejutan dalam Uncharted 4 kelak!

uncharted-4-5-sebab-002

Masihkah anda ingat lagi dengan pembukaan penuh emosi dalam The Last of Us? Secara jujur, penulis menitiskan air mata ketika itu. Ramai gamers mengatakan bahawa babak permulaan dalam game tersebut merupakan antara pembukaan kepada sesebuah jalan cerita yang terbaik pernah muncul dalam video game.

Namun, terkini, Pengarah Komunikasi Naughty Dog, Arne Meyer berkata pembukaan dalam Uncharted 4 bakal memaparkan babak yang lebih baik daripada The Last of Us. “Secara peribadi, ini adalah pembukaan terbaik kami sejak The Last of Us, yang mana pada ketika itu, ia adalah sangat emosi”, kata beliau kepada PlayStation España (melalui NeoGAF).

JomBaca: Filem The Last of Us & Uncharted Tidak Akan Siap Dalam Masa Terdekat!

Tambah Meyer lagi, “mungkin ia adalah antara pembukaan yang terbaik. Perasaan untuk mengetahui apakah yang akan terjadi seterusnya sentiasa membuak-buak sepanjang game ini dimainkan.”

uncharted

JomBaca: Biar Developer Lain Yang Buat Uncharted 5, Kata Naughty Dog!

Sebelum ini, Naughty Dog juga telah mendedahkan bahawa pengakhiran Uncharted 4 akan membuat para pemain berbelah bahagi dan bertengkar.

Naughty Dog juga telah berkongsi bagaimana mereka mengakhiri perjalanan dan pengalaman mereka dalam siri Uncharted ini dengan penuh emosi.

Selepas ditunda sebanyak tiga kali, tarikh pelancaran Uncharted 4: A Thief’s End adalah pada 10 Mei 2016, eksklusif untuk PlayStation 4.

JomBaca: 5 Sebab Kenapa Korang Perlu Beli Special Edition Uncharted 4: A Thief’s End!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Let It Die: Game Brutal Lagi Kejam Terbaru Dari Suda 51!

The Division: Update Incursions, Raid Sulung Yang Dinantikan Telah Tiba!