in , , , , ,

Babak Ikonik The Witcher 3 Dicipta Semula, Tapi Dalam Grafik Zaman PS1

Banyak game yang telah kita lihat diimaginasikan semula oleh peminat dalam bentuk grafik ketika era PS1, antaranya seperti Bloodborne dan Cyberpunk 2077. Tapi mungkin kita belum pernah saksikan satu game ini dibikin dalam grafik klasik itu.

Sebuah video telah dimuatnaik oleh Anders Lundbjörk di Youtube, memaparkan apakah bentuk grafik sekiranya The Witcher 3: Wild Hunt, game dilancarkan CD Projekt Red pada 2015, dikeluarkan semasa zaman PlayStation yang pertama.

Video ini mencipta semula babak ikonik pembukaan The Witcher 3, iaitu ketika Geralt sedang berehat di dalam tab mandi, tetapi dalam grafik era 1990-an. Ia sememangnya menarik, apatah lagi ada sedikit jenaka yang diselitkan di hujung video.

Korang kena tengok sendiri:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Apex Legends Akan Bertukar Ke Map Baru, Bersedia Untuk Bertempur Di Atas Kereta Api Bergerak

Respawn Entertaiment, Tencent Dilaporkan Bekerjasama Membangunkan Apex Legends Mobile

Valheim Ketika Ini Lebih Popular Daripada PUBG, Apex Legends, GTA V Di Steam