Menu
in , , , , , , ,

Babak Ikonik Paul Walker Dan Vin Diesel Dalam Fast & Furious 7 Dicipta Semula Dalam Fortnite, Memang Meleleh Beb!

Tisu mana tisu!

Salah satu babak paling ikonik dalam sejarah filem dunia ialah babak terakhir dalam Fast & Furious 7, di mana watak Brian O’Conner (Paul Walker) berpisah dengan Dominic Toretto (Vin Diesel).

Babak ini cukup sayu kerana bukan sahaja bermakna watak Brian itu “bersara” daripada dunia perlumbaan dalam siri Fast & Furious, tetapi juga mengucapkan selamat tinggal kepada pelakonnya, Paul Walker yang telah meninggal dunia.

Babak ini telah banyak kali dicipta semula dalam pelbagai video game, dan terbaru, ia telah dicipta semula dalam Fortnite melalui mode Playground. Korang boleh saksikan bagaimana beberapa pemain ini mencipta semula babak ini dengan menjadikan ATK sebagai kereta yang berpisah itu.

Perasaan bercampu baur, tak tahu nak ketawa atau sedih. Ketawa sebab ada unsur Fortnite yang lucu, dalam masa sama, masih ada aura Fast & Furious yang sedih itu. Korang saksikanlah video ini sendiri di bawah:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version