Ini pastinya kedengaran agak pelik. Ya, pelik, tapi benar.
Fortnite akan memaparkan satu babak eksklusif dari filem terbesar tahun ini, Star Wars: The Rise of Skywalker. Babak tersebut akan diperlihatkan di Risky Reels, salah satu lokasi yang mempunyai skrin gergasi yang ada dalam game.
Tayangan babak eksklusif ini akan berlangsung pada 15 Disember ini, 3 pagi (waktu Malaysia). Apa yang korang perlu lakukan untuk saksikannya? Masuk ke dalam Fortnite, dan tunggu pada waktu itu di Risky Reels untuk tayangan ini dimulakan.
https://twitter.com/FortniteGame/status/1203392481532039170?s=20
https://twitter.com/FortniteBR/status/1203293992080871424?s=20
Sebelum ini, Fortnite menampilkan kandungan Star Wars buat kali pertama, iaitu membawakan skin Stormtrooper.
Fortnite boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4, Xbox One, Switch, iOS dan Android.
Comments
Loading…