Setelah lebih empat tahun mengumumkannya, Ubisoft akhirnya telah memperlihatkan trailer sinematik pertama serta mengumumkan beberapa info baharu, termasuk judul rasmi dan tahun pelancarannya.
Game ini digelar Avatar: Frontiers of Pandora, sebuah game open-world action-adventure dengan pandangan first-person. Ia dibangunkan oleh Massive Entertainment, sebuah studio milik Ubisoft dengan kerjasama Lightstorm Entertainment dan Disney.
Avatar: Frontiers of Pandora akan membawakan sebuah kisah yang berasingan daripada filemnya. Pemain akan bermain sebagai seorang Na’vi dan menjelajahi merentasi Western Frontier ke bahagian Pandora yang belum pernah dilihat sebelum ini.
Avatar: Frontiers of Pandora akan dilancarkan untuk PC, PS5, Xbox Series pada tahun 2022.
Jom layan trailer sinematik pertama yang penuh memukau ini:
Comments
Loading…