in , , , ,

Audi Jepun Akan Mula Menjual R8 Star Of Lucis Dari Final Fantasy XV

Vroom vroom!

https://youtu.be/0USrtc7-sjc

Final Fantasy XV sememangnya dinanti-nanti oleh ramai peminat siri terbabit dan kini Square Enix telah berganding bahu dengan pengeluar kereta prestasi tinggi, Audi untuk mengeluarkan versi istimewa bagi kereta R8 versi 2017 yang dipanggil Star of Lucis.

Audi R8 Star of Lucis didatangkan dengan enjin V10, tapi harus diingatkan bahawa ia tidak didatang bersama sebarang salinan FFXV atau mana-mana DLC.

Dikeluarkan pada kuantiti yang terhad, Star of Lucis akan mula dijual mulai 21 November ini pada harga USD468,713.

r8-finalfantasy-large-001-1 r8-finalfantasy-large-002-1 r8-finalfantasy-small-003-1 r8-finalfantasy-small-004-1

Baru-baru ini, sebuah demo diberi nama Judgement Disc telah diterbitkan untuk dicuba oleh peminat-peminat.

Final Fantasy XV bakal diterbitkan pada 29 November ini untuk PS4 dan Xbox One.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rainbow Six Siege Akan Terus Menerima Content Pada Tahun Hadapan

Fundeavour + UNIQLO: Pelbagai Barangan UNIQLO Menarik, Percuma Untuk Gamers