Game Attack on Titan, yang diadaptasikan daripada anime & manga yang menggunakan nama yang sama, bakal menemui peminat-peminat Titan besar makan orang ini pada 18 February 2016 di Jepun dan pada tahun 2017 di NA/EU/Asia.

Attack on Titan pernah keluar di 3DS dengan nama Attack on Titan: Humanity in Chains, namun kurang mendapat review yang baik dari rata-rata tempat dan peminat.

Namun, Koei Tecmo, developer bagi game Attack on Titan untuk PS4 dan PS Vita, cuba untuk mengembalikan kegemilangan Attack on Titan.

Untuk game terbaru Attack on Titan ini, Koei Tecmo memperkenalkan konsep Open World. Di dalam dunia Attack on Titan, manusia hidup di dalam kubu-kubu pertahanan (dinamakan Wall Maria, Wall Rose dan Wall Shina) untuk mengelakkan daripada menjadi makanan Titan atau dilenyek Titan yang berlegar-legar di luar sana. Koei Tecmo memperkenalkan mode “Investigation Outside the Walls” selain daripada Story Mode yang selalunya berkisar di dalam kubu atau Wall ini.

aot1 Mode ini membenarkan anda memilih character kesukaan anda untuk melakukan mission-mission yang membabitkan dunia di luar. Anda boleh develop character anda, mencari item dan weapon dan seperti tradisi JRPG lain, mengutip duit. Kaching!

Koei Tecmo juga dengan baik hatinya memberikan anda 10 playable characters untuk dimainkan! Mereka adalah Eren, Mikasa, Armin, Krista, Sasha, Connie, Jean, Levi, Hange, and Erwin. Secara peribadi, saya tak sabar nak main jadi Mikasa dan Levi!

aot2

Story Mode game ini akan meliputi keseluruhan Season 1 anime Attack on Titan. Jadi kepada mereka yang tidak pernah mengikuti jalan cerita Attack on Titan, anda tidak perlu risau jika anda takut ketinggalan. Dan kepada yang pernah, jangan spoil pulak ye!

original

JomBaca: Attack On Titans: Gergasi Bakal Mengamuk Di Console Korang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.