in , , , ,

Atomic Heart: Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu Kalau Nak Pra-Tempah

Atomic Heart merupakan sebuah game shooter action RPG yang dibangunkan oleh Mundfish dan diterbitkan oleh 4Divinity. Ia menjadi bualan ramai gamer selepas melihat trailer gameplay cukup menarik yang menggunakan sejarah alternate pasca Perang Dunia Kedua.

Atomic Heart akan dilancarkan pada 21 Februari 2023 untuk PC (Steam), PS5, PS4, Xbox Series dan Xbox One.

Dalam artikel ini, kami akan memfokuskan kepada butiran mengenai pra-tempah yang boleh dilakukan di Steam dan PlayStation. (Maaf pemain Xbox, Microsoft masih tak mahu bawa Xbox secara rasmi ke Malaysia).

Untuk PC, korang dah pun boleh pra-tempah di Steam. Harganya adalah RM189 (Standard), RM269 (Gold — game penuh dan Atomic Pass) dan RM299 (Premium — Gold, digital artbook dan weapon skin).

Untuk PlayStation Store, buat masa ini, mereka hanya akan membuka pra-tempah bermula Januari 2023. Walau bagaimanapun, korang dah boleh masukkannya ke dalam Wishlist dan harganya juga sudah didedahkan, jadi korang sudah boleh mula menabung.

Di PlayStation Store, harganya ialah RM299 (Standard), RM419 (Gold) dan RM459 (Premium).

Bagi yang pra-tempah, di kedua-dua Steam dan PlayStation Store, korang akan mendapat Labour & Science Weapon Skin Pack.

Untuk pasaran Asia, 4Divinity akan bekerjasama dengan EpicSoft Asia untuk mengedarkannya secara fizikal.

Untuk edisi fizikal, terdapat dua sahaja edisi iaitu iaitu Standard Edition (cross-gen PS4/PS5) dan Limited Edition yang masing-masing berharga RM319 dan RM489.

Berikut ialah apa yang korang akan dapat dengan membeli Limited Edition:

Pra-tempah edisi fizikal akan mula dibuka pada 19 Disember 2022, dan korang boleh pergi ke laman atomicheart.asia untuk ketahui kedai mana yang mengedarkan game ini.

Jadi, edisi mana yang korang akan pra-tempah?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Riot Games Saman NetEase Kerana Game Mobile Hyper Front Tiru Valorant

Henry Cavill Secara Rasni Terlibat Dengan Adaptasi Universe Warhammer 40,000 Untuk Amazon