in , , ,

Atelier Sophie: Versi Bahasa Inggeris Bulan Jun Ini!

1454884_1136456753065181_932418925300496168_n

Atelier Sophie: The Alchemist of the Mysterious Book akan dilancarkan secara fizikal dan digital untuk PS4, manakala hanya digital untuk PS Vita. Ianya akan dilancarkan pada 7 Jun untuk North America dan 10 Jun untuk Europe.

Koei Tecmo juga berkata siri ke-17 Atelier ini mengikut pengembaraan seorang alchemist muda bernama Sophie. Dia dapat tahu bahawa dia adalah pemilik satu buku yang pelik, di mana ianya mempunyai roh. Buku misteri ini mempunyai kesemua rahsia untuk pengetahuan alchemy dan menjadi mentor Sophie. Dengan meningkatnya skill Sophie di dalam alchemy, dia berjaya membawa kembali memori yang dilupai, di samping membongkar cerita ajaib mengenai asal-usul buku itu.

1618566_1136456579731865_1344352801467221217_nKumpulan pembangunan game ini  menyifatkan game ini “satu standard baru bagi siri Atelier”. Ini kerana mereka telah mencurahkan segala kreativiti dalam membangunkan pelbagai aspek di dalam game ini. Selain itu, untuk pertama kalinya, siri ini ada dua illustrator utama, iaitu NOCO dan Yuugen. Hasil kerja mereka yang ada aura tersendiri menjadikan dunia game ini hidup dan mencipta satu suasana yang dinamik di mana masa, cuaca dan hubungan mempengaruhi  pengembaraan karakter-karakter game ini!

NIS America pula akan bekerjasama dengan Koei Tecmo untuk edisi terhad game ini. Edisi terhad ini akan berharga dalam $99.99 (RM 404.48), di mana di dalamnya mengandungi:

  • Game (PS4)
  • 5 set mini art print yang berukuran 5″ x 7″
  • Poster kain yang berukuran 40″ x 26.8″
  • 2 CD soundtrack, mengandungi 38 track musik daripada game ini
  • Buku ilustrasi hardcover setebal 48 mukasurat. Ianya mengandungi ilustrasi karakter, makhluk dan lukisan latar belakang di dalam game ini.

Di bawah adalah rupa edisi terhad game ini:
Cd1ZICyUYAEpUeM

Di samping itu, korang boleh juga tengok trailer game ini di bawah!

Written by Afiq Phirinko

Guest-writer untuk site JomGaming.my, juga seorang pelukis amatur yang suka main game JRPG dan aksi, di samping meminati superhero Jepun.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Zero Time Dilemma: Bunuh Kawan atau Mati Bersama – Apa Pilihan Korang?

Tales of Beseria: Memperkenalkan Magilou Dan Bienfu!