in ,

Astro Umum Pelancaran eGG Network Di Australia, Saluran TV Gaming Pertama Di Negara Itu

Astro mengembangkan pengaruh saluran gaming mereka ke Australia. 

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) mengumumkan pelancaran saluran televisyen memfokuskan gaming mereka, eGG Network di Australia melalui Fetch TV. Pelancaran ini sekaligus menjadikan ia saluran eSports dan hiburan gaming 24-jam pertama yang terdapat di negara itu.

Program pertama yang akan disiarkan di saluran itu adalah Boston Major, tournament DotA 2 yang bakal menyajikan wang tunai sebanyak USD3 juta.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Naib Presiden Sports Business di Astro, Lee Choong Khay berkata, “Melalui eGG Network, Astro teruja untuk berkolaborasi bersama Fetch TV untuk menyiarkan siaran langsung liga eSports antarabangsa terbesar seperti DotA 2, League of Legends, Counter Strike: Global Offensive, Overwatch, Hearthstone: Heroes of Warcraft dan banyak lagi kepada peminat eSports Australia, di mana ia akan dibawakan pembekal jalur lebar Optus, iiNet, Internode, Dodo and iPrimus.”

“Dengan pelancaran terbaru ini, eGG Network kini terdapat di Indonesia dan Australia. Kami berharap untuk membawakan saluran ini ke Filipina dalam masa terdekat dan memandang ke hadapan untuk menyiarkan detik terbaik eSports kepada beberapa negara lain di rantau ini,” tambah beliau lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Developer War Thunder Sedang Bangunkan Game Shooter WW2, Enlisted – Bantu Mereka Untuk Lancarkan Di Konsol

Brazzers Lancarkan Siri Let’s Play, Bermula Dengan Mafia III