ASTRO, jenama perkakasan dan aksesori gaming premium – bukan rangkaian TV Astro nun. Ehem.

Trend controller elite bagi konsol diteruskan oleh Astro dengan C40 TR. Diumumkan pada harga USD200 (~RM837.56)m C40 TR ini menampilkan beberapa rekaan tipikal controller elite lain seperti analog stick dan d-pad yang boleh dilaras mengikut citarasa, trigger stop dan fungsi button remapping.

Bagaimanapun, C40 TR menampilkan satu lagi ciri yang menjadikannya unik dan hensem di mata penulis.

Bahagian hadapan C40 TR boleh dibuka bagi membolehkan korang menukar kedudukan analog stick/d-pad kiri di antara layout PlayStation ataupun Xbox! Boleh lah menukar kedudukan analog stick mengikut jenis game yang korang mainkan!

Bagaimanapun, C40 TR ini hanya boleh digunakan di platform PS4 dan PC sahaja buat masa ini. Maaf gamer Xbox.

ASTRO C40 TR akan dilancarkan pada Mac 2019, tapi korang dah boleh pre-order di laman rasmi ASTRO.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.