Kasi tambah bling kepada Nintendo Switch korang!
Akhirnya Nintendo Switch akan mendapat headset rasminya yang pertama – hasil kerjasama antara Astro Gaming dan Nintendo.
Astro Gaming telah mengumumkan headset Astro A10 edisi The Legend of Zelda: Breath of the Wild yang akan mula dijual di hujung tahun ini.
Semestinya kualiti audio dari headset Astro sudah cukup terkenal dan ditambah pula rekaan berona hitam-emas pasti menjadikan headset ini idaman ramai.
Selain itu, headset ini didatangkan dengan ciri-ciri berikut:
- Rekaan klasik bertemakan ikon Zelda
- Keupayaan chat sepenuhnya di Nintendo Switch dengan kabel chat
- Headband boleh laras yang tahan lasak untuk pengalaman gaming mudah alih
- Kusyen telinga dengan memory foam untuk keselesaan berlanjutan
- Ditala dengan Astro Audio ‘Tuned for Gaming’
- Komunikasi suara jitu dengan mifrofon omnidirectional
Comments
Loading…