in , , , ,

Assassin’s Creed Valhalla Paparkan Trailer Baru, Serta 30 Minit Gameplay Lebih Mendalam

Dalam acara Ubisoft Forward yang berlangsung awal pagi tadi, Ubisoft telah memperlihatkan satu trailer baharu yang menerangkan sedikit gameplay, aktiviti dan kisah yang akan ditampilkan ke dalam Assassin’s Creed Valhalla.

Dalam trailer overview yang berdurasi 6 minit ini, kita dapat lihat bagaimana pemain akan beraksi, berlayar di atas bot Vikings, menggempur wilayah-wilayah England, membangunkan penempatan Vikings di England, customizations dan banyak lagi. Jom layan:

Kemudian, apabila acara utama Ubisoft Forward ini tamat, rancangan selepas itu pula menunjukkan gameplay dan penerangan yang lebih panjang dan mendalam selama 30 minit. Korang boleh tontonnya di bawah:

Acara ini turut mendedahkan tarikh pelancaran Assassin’s Creed Valhalla, iaitu game ini akan dilancarkan pada 17 November 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia, manakala akan dilancarkan pula ke PS5 dan Xbox Series X pada tarikh yang belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ubisoft Umumkan Secara Rasmi Hyper Scape - Battle Royale Futuristik Percuma Dengan 100 Pemain

Sesi Open Beta Hyper Scape Kini Boleh Dimainkan Di PC, Saksikan 2 Trailer Terbaru

Ubisoft Paparkan 2 Trailer Sinematik Far Cry 6, Sahkan Tarikh Pelancaran

Ubisoft Paparkan 2 Trailer Sinematik Far Cry 6, Sahkan Tarikh Pelancaran