in , , , ,

Assassin’s Creed Valhalla Mungkin Akan Bawakan Kostum Macam Iron Man, Thanos

Korang tak salah baca tajuk di atas. Ya, Ubisoft mungkin akan bawakan beberapa kostum seakan karakter-karakter Marvel ke dalam Assassin’s Creed Valhalla.

Penggali data AndyReloads telah menemui beberapa fail kostum dan armor dalam game open-world itu yang sememangnya lari daripada tema Vikings, malah jauh bertemakan futuristik.

Antara kostum yang ditemui, dan AndyReloads telah cuba dan muatnaik dalam video di bawah, adalah kostum yang warna dan rekaannya kelihatan seperti Iron Man. Selain itu, ada juga set armor yang dipanggil Master of Elements yang sememangnya seperti sarung tangan Infinity Gauntlet yang dipakai Thanos.

Apa-apa pun, masih belum ada pengumuman rasmi daripada Ubisoft mengenai kostum-kostum futuristik ini.

Kalau korang masih ingat, Assassin’s Creed Origins pernah membawakan kosmetik unta tunggangan pemain yang kelihatan seperti Chocobo dari Final Fantasy 15.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pra-Pendaftaran Rainbow Six Mobile Kini Dibuka Untuk Android

Call of Duty: Modern Warfare II Memperkenalkan Map Baharu Trek F1, Marina Bay Di Singapura