in , , ,

Assassin’s Creed Valhalla Diumumkan Secara Rasmi, Tema Vikings, Trailer Dikeluarkan Pada Malam Ini

Setelah sekian banyak laporan yang muncul sebelum ini, tema Vikings untuk francais yang cukup popular dari Ubisoft ini telah diumumkan secara rasmi.

Assassin’s Creed Valhalla telah didedahkan malam tadi oleh Ubisoft dalam satu livestream yang cukup panjang. Trailer pertama untuk game ini akan diperlihatkan pada 30 April, 11 malam di channel Youtube Ubisoft. Trailer ini nanti dijangka akan mendedahkan tarikh pelancaran serta platform manakah yang akan dilancarkan.

Livestream malam tadi telah memperlihatkan sekeping artwork yang berlatarbelakangkan aktiviti-aktiviti yang cukup sinonim dengan Vikings. Di tengah-tengahnya kelihatan seorang Vikings yang memegang sebilah kapak.

Di bahagian kiri artwork, kita dapat lihat seangkatan Vikings sedang menaiki kapal panjang untuk melakukan serangan atau lebih dikenali sebagai Vikings Raid — menandakan gameplay di lautan akan dibawakan kembali dalam game kali ini, sama seperti Odyssey. Kemudian, di bahagian kanan artwork, kelihatan askar-askar Vikings sedang berperang dengan askar-askar tempatan di England.

Artwork ini turut memperlihatkan kehadiran burung raven yang pastinya akan bertindak sebagai mekanisme untuk para pemain melihat sesuatu kawasan dari udara. Seperti yang kita tahu, burung raven dalam mitologi Norse dipercayai sebagai mata-mata untuk dewa Odin.

Assassin's Creed Valhalla Diumumkan Secara Rasmi, Tema Vikings, Trailer Dikeluarkan Pada Malam Ini

Apa reaksi korang terhadap pengumuman ini? Teruja dengan penggunaan Vikings sebagai tema dan latar belakang?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Untuk Ambil Game Percuma Di Epic Games Store Kini Memerlukan Pengesahan Dwi-Factor

Untuk Ambil Game Percuma Di Epic Games Store Kini Memerlukan Pengesahan Dwi-Factor

Fortnite Lancarkan Mode Dan Map Baru - Tiada Senjata, Hanya Lepak-Lepak Bersama Rakan-Rakan

Fortnite Lancarkan Mode Dan Map Baru – Tiada Senjata, Hanya Lepak-Lepak Bersama Rakan-Rakan