in , , ,

Assassin’s Creed Valhalla Akan Lebih Kecil Dan Pendek Berbanding Odyssey

Apabila Ubisoft mengembangkan dunia yang lebih luas dan jalan cerita yang lebih panjang dalam francais Assassin’s Creed, seperti dalam Odyssey dan Origins, tidak semua pemain yang sukakannya.

Oleh itu, untuk game Assassin’s Creed yang seterusnya, Valhalla akan memperbaiki kelemahan ini dengan menampilkan dunia yang lebih kecil dan jalan cerita yang lebih pendek jika dibandingkan dengan siri sebelumnya, Odyssey.

Ketua komuniskasi Ubisoft Timur Tengah, Malek Teffaha telah berkata (via VG247), “Untuk pengetahuan, ia tidak akan menjadi game paling panjang atau paling besar dalam siri ini. Mereka telah bertindak terhadap kritikan ini.”

“Kritikan” yang disebutkan beliau itu kemungkinan besar adalah kritikan yang diterima Odyssey kerana ia menjadi terlalu panjang dan besar, seolah-olah sudah terlalu jauh daripada identiti sebenar francais ini.

Walaupun lebih kecil, Valhall tetap mempunyai dunia yang luas untuk diterokai. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, antara lokasi yang ada dalam game ini ialah Norway, serta empat kerajaan di England iaitu Wessex, Northumbria, East Anglia, dan Mercia.

10 Perkara Tentang Assassin's Creed Valhalla - Trailer, Waktu Pelancaran, Hidden Blade, Screenshots

Assassin’s Creed Valhalla akan dilancarkan pada penghujung tahun ini untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Mirososft Turut Akui Livestream Gameplay Semasa Inside Xbox Semalam Yang Hambar

Mirososft Turut Akui Livestream ‘Gameplay’ Inside Xbox Tidak Seperti Yang Dijanjikan

Mod Doom Eternal Ini Menjadikan Doom Slayer Lebih Mengerunkan Dan Merbahaya

Mod Doom Eternal Ini Menjadikan Doom Slayer Lebih Menggerunkan Dan Berbahaya