Khabar angin yang muncul semalam nampaknya benar belaka.

Semasa acara Nintendo Direct pagi tadi, Ubisoft telah mengumumkan Assassin’s Creed: The Rebel Collection, sebuah game kompilasi yang mengumpulkan dua game dari francais ini yang fokus kepada gameplay pertempuran perkapalan — iaitu Assassin’s Creed: Black Flag dan Assassin’s Creed: Rogue.

Assassin’s Creed: The Rebel Collection akan dilancarkan ke Nintendo Switch pada 6 Disember 2019.

Kompilasi ini akan turut menyertakan sekali single-player DLC, termasuklah Freedom Cry.

Bersama-sama dengan pengumuman ini, Ubisoft telah mengeluarkan trailer untuk game ini. Korang boleh saksikannya di bawah:

JomKomen!