in

Assassin’s Creed Syndicate: 10 Tips Untuk Menjadi Master Assassin!

Sambil-sambil kami menulis BBoBB game ini, kitorang rasa nak share 10 tips yang kitorang dah jumpa setakat ni! Jom cilok apa tips yang ada!

1. Jangan simpan skill point! Gunakannya!

assassin-creed-syndicate-jacob-skill-treeSekali lagi diulang, jangan simpan skill point! Gunakan segala skill point yang dapat kerana ia akan lebih membantu korang untuk selesaikan game tersebut dengan lebih efficient. Jangan susahkan diri menyimpan skill point kerana ia akan diberikan setiap 1000 XP. Tapi, nanti susah pulak dapat XP kan? haaa…tidak, baca plak point seterusnya.

2. XP, XP untuk semua disana sini.

assassin-creed-syndicate-train-stationWalaupun macam banyak je untuk dapat 1 skill point setiap 1000 XP, sebenarnya tak susah mendapat XP dalam Syndicate. Setiap aktiviti ada XP seperti assassin actions, selesaikan mission, kumpul collectibles dan melengkapkan collections. Malah, menyelesaikan side objektif dalam mission juga akan diberikan extra XP!

Secara umumnya, kawasan yang mempunyai medium difficulty akan memberikan dalam 500 XP seperti aktiviti Gang Stronghold. Malah, dengan hanya memandu kereta kuda mengikut line yang ditunjukkan juga boleh menaikkan XP korang.

So, apa tunggu lagi lenjan XP cukup-cukup dan gunakan skill points korang!

3. Perk. Dapatkan perk dan mudahkan kehidupan sebagai Master Assassin.

assassin-creed-syndicate-hidden-bladeUpgrade bagi perk akan diberikan selepas korang mengulang Assassin Actions seperti memecahkan guard enemy sebanyak 75 yang akan memberikan korang stun efek kepada enemy yang lebih lama. Best kan?

Antara perk yang sangat berguna adalah Vanish dan boleh didapatkan dengan mulakan pertarungan dan selamatkan diri dari dikesan sebanyak 25 kali. Dapatkan perk ini, ia akan membantu korang kelak.

4. Upgrade Jacob dan Evie mengikut skill mereka tersendiri.

assassin-creed-syndicate-big-benJacob dan Evie mempunyai pengkhususan tersendiri. Jacob lebih kepada skill pertarungan dan Evie pula skill menyelinap masuk tanpa dikesan.

Jika ada ingin melakukan misi tanpa dikesan seperti Child Liberation atau Gang Stronghold, adalah digalakkan menggunakan Evie. Jika anda mengalami kesukaran juga, gunakan Jacob untuk menyelesaikan semua enemy dengan cara lebih kasar.

Sesetengah mission juga mempunyai side objektif yang membantu Evie atau Jacob. Buat pilihan bijak dan dapatkan XP extra itu. Lebih XP, lebih skill points! Oyeahhhh!

5. Jangan hirau sangat untuk upgrade senjata.

assassin-creed-syndicate-weapon-upgradeKorang tak perlu dapatkan semua weapon. Pilih yang mana berkenan dihati antara kukri, tongkat atau pun buku lima. Biasanya enemy tidak terlalu sukar kerana korang ada pelbagai perk yang boleh membantu menyelesaikan misi. Sebab tu la point yang pertama tadi kami suruh gunakan saja semua skill point. Terbaik bukan? 🙂

Hanya upgrade jika anda betul-betul mengalami masalah menyelesaikan mission yang ada.

6. Pilih outfit dan tool sebaiknya.

assassin-creed-syndicate-knucklesTidak seperti senjata, outfit dan tool benar-benar bakal membantu dalam menyelesaikan misi. Pilihan outfit tidaklah terlalu banyak jadi perhatikan apa boost yang boleh diberikan. Sebagai contoh, outfit Jacob yang memberikan extra damage apabila menggunakan buku lima. Best kalau korang suke bertarung.

Tool upgrade juga harus diberikan perhatian kerana membawa lebih dart dan pisau baling sangat-sangat membantu dalam misi menyelinap. Pilihlah upgrade paling best mengikut style gameplay korang!

7. Dah tu, duit banyak-banyak ni nak buat apa? Upgrade geng korang la!

assassin-creed-syndicate-the-rooksSeperti orang-orang bawahan yang boleh diarah dalam siri Assassin’s Creed sebelum ini, Rook tidak kurang kegunaannya. Mereka sangat berguna untuk mewujudkan kacau bilau sebelum korang masuk untuk menyelesaikan objektif.

Disamping upgrade Rooks, jangan lupa upgrade sumber income korang seperti Bar dan jualan ubat-ubatan. Korang juga boleh upgrade black market yang memberikan pembelian barang seperti pisau dan ubatan pada harga lebih murah.

8. Belajar gunakan rope launcher.

assassin-creed-syndicate-rope-launcherBatman dalam Assassin’s Creed! Itulah bila kali pertama saya mencubanya. Walaupun agak janggal menggunakannya, tak dapat dinafikan rope launcher sangat berguna. Ia akan membantu korang bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan pantas.

Disamping itu, korang juga dapat menggunakan cara yang baru untuk menewaskan musuh menggunakan rope launcher.

9. Tajamkan skill pertarungan.

assassin-creed-syndicate-combatTak dapat dinafikan pertarungan dalam siri Assassin’s Creed mudah belake. Namun begitu, dalam siri ini ia telah mendapat sedikit upgrade. Korang boleh sambung serangan, stun, menepis dan ini akan memberikan combo streak. Combo streak ini akan membantu korang settlekan enemy dengan lebih pantas. Sedikit menyerupai siri Arkham tetapi masih banyak lagi perlu diperbaiki untuk siri Assassin’s Creed.

10. Gunakan cover sebaiknya.

assassin-creed-syndicate-sneakDalam Syndicate juga, sistem menyelinap diberikan keutamaan. Dengan mengaktifkan mode stealth, korang akan mula jalan rapat ke tanah dan akan merapatkan badan ke objek atau dinding untuk mengelakkan dikesan. Gunakan siulan untuk menarik perhatian mereka dan hapuskan mereka bila mereka dekat. Bagi mereka yang jauh, itulah gunanya pisau baling.

Itu sahaja yang dapat kami di JomGaming kumpulkan. Ada lagi best yang kami tertinggal? Bagitau kami di ruangan komen supaya dapat dikongsi pada semua 😀

Jangan lupa baca ni: Suprise best dari Ubisoft untuk AC: Syndicate. SPOILERS!

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

THE RED ONES: Clan Bersemangat Merah Menyala!

Malaysia Cyber Games: Peluang Untuk Harimau Beraksi!