in ,

Assassin’s Creed Seterusnya Mungkin Bertemakan Vikings, Berdasarkan Poster Dalam The Division 2

Satu poster dalam game The Divison 2 telah membuatkan ramai berspekulasi tentang latar belakang yang bakal digunakan untuk Assassin’s Creed seterusnya.

Para pemain The Divison 2 telah menemui satu poster terbaru dalam game, yang menunjukkan seorang yang kelihat berpakaian Vikings. Perkataan “Valhalla” turut menjadi teks utama dalam poster tersebut. Ia mungkin hanya sekadar satu poster biasa yang bertemakan mitologi Norse, jadi, apa yang membuatkan ia dikatikan dengan Assassin’s Creed?

JomBaca: Tom Clancy’s The Division 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Lelaki dalam poster tersebut sedang memegang Apple of Eden, satu bingkisan yang memainkan peranan yang cukup penting dalam penceritaan keseluruhan francais Assassin’s Creed.

Malah, khabar ini dikuatkan lagi oleh laporan Kotaku, yang mengatakan mereka pernah mendengar pada beberapa bulan sebelum ini daripada dua sumber yang mereka percayai. Mereka mengatakan yang pada ketika itu, Assassin’s Creed seterusnya menggunakan nama kod “Kingdom”, dan ia menggunakan latar belakang Vikings.

Langkah Ubisoft yang mengacah pengumuman satu-satu game melalui game mereka yang lain adalah sesuatu perkara yang biasa. Sebelum ini mereka pernah mengacah game Pioneer dalam game Watch Dogs 2.

Walau bagaimanapun, laporan ini agak bercanggah dengan khabar angin sebelum ini, yang mengatakan Assassin’s Creed seterusnya akan menggunakan latar belakang Rom.

Apa pun latar belakang yang bakal digunakan, ia tidak akan dilancarkan pada tahun ini, kerana Ubisoft telah mengumumkan Assassin’s Creed seterusnya akan kembali pada tahun 2020.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Putera Harry Percaya Yang Fortnite Seharusnya Diharamkan, Akibatkan Ketagihan

Siri Gamebook Lone Wolf Versi Video Game Diumumkan Untuk Nintendo Switch!