Bila agaknya Ubisoft nak umumkan secara rasmi?
Minggu lalu, kita telah dikhabarkan tentang kemungkinan Assassin’s Creed Rogue akan dikeluarkan ke PS4 dan Xbox One. Ia masih lagi laporan yang belum dapat kita sahkan kesahihannya.
Terbaru, satu lagi bukti yang menunjukkan Assassin’s Creed Rogue HD sememangnya akan dilancarkan ke konsol generasi kini. Game ini telah dinilai oleh Korean Ratings Board, yang mana bolehlah kita katakan yang ia pastinya akan dikeluarkan tidak lama lagi. Kita kini hanya menunggu masa untuk Ubisoft umumkan secara rasmi.
Korean Ratings Board telah menilai Assassin’s Creed Rogue HD untuk kedua-dua versi PS4 dan versi Xbox One.
Assassin’s Creed Rogue sebelum ini hanya dikeluarkan untuk PS3 dan Xbox 360. Ini menjadikan Assassin’s Creed Rogue sebagai game Assassin’s Creed terakhir yang dikeluarkan untuk konsol PS3 dan Xbox 360 sebelum siri ini berangkat ke konsol generasi seterusnya.
Kalau korang tak puas hati main Haytham Kenway sebagai seorang Templar semasa Assassin’s Creed 3, maka Assassin’s Creed Rogue mungkin menjadi pilihan hati anda untuk menjadi seorang Templar terulung.
Comments
Loading…