Ubisoft telah mengumumkan sebuah game spin-off kepada siri game paling berjaya mereka, Assassin’s Creed — khas untuk pemain mobile.
Dinamakan sebagai Assassin’s Creed Rebellion, ia akan dilancarkan ke iOS dan Android pada 21 November ini.
Dibangunkan oleh Behaviour Interactive, game ini menggunakan rekaan karakter comel seperti ochibi dan berlatarbelakangkan era Sepanyol pada kurun ke-15. Antara gamelay yang ada dalam game ini nanti ialah pengurusan kubu serta berlawan dalam bentuk 2D side-scrolling.
Korang boleh saksikan trailer untuk game ini di bawah:
Korang dah boleh mula pra-daftar game ini melalui iOS di sini, dan melalui Android di sini.
Comments
Loading…