Sebuah game Assassin’s Creed untuk tahun 2020 itu sudah pasti, tapi Ubisoft belum mendedahkan sebarang butiran tentang game itu pada ketika ini. Daripada sekian banyak laporan yang muncul sebelum ini, judul yang akan digunakan ialah Assassin’s Creed Ragnarok.
Terbaru, dalam satu laporan yang timbul di 4chan, lebih banyak info kononnya telah tertiris. Info ini dikatakan daripada seseorang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan salah seorang pembangun di Ubisoft.
Seperti laporan-laporan sebelum ini, Ragnarok dikhabarkan akan memfokuskan kepada dunia Vikings dan akan membawakan open-world yang berasaskan gameplay laut.
Game ini dikatakan akan dilancarkan pada September dan pengumumannya akan dilakukan pada Februari, bersama-sama dengan acara pendedahan PS5 oleh Sony. Malah, game ini juga dikatakan akan dilancarkan di PC serta generasi konsol baru dan lama — PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X.
Info terbaru tentang gameplay, yang tidak pernah disebutkan sebelum ini, adalah kehadiran online co-op yang boleh dimainkan sehingga 4 pemain.
Kemudian, pemain akan dapat melihat beberapa pertempuran antara kerajaan-kerajaan secara dinamik dan real-time.
Laporan ini turut mendedahkan beberapa jalan cerita penting yang akan berlaku dalam game itu nanti. Antara watak-watak utama yang akan muncul ialah Ragnar, Rollo, Rorik, Aella, Alfred dan Bjorn. Korang boleh baca sini untuk keterangan lanjut tentang jalan ceritanya, namun hati-hati kerana mungkin ada spoiler.
Lain-lain butiran dalam laporan kali ini juga selari dengan laporan yang pernah didedahkan sebelum ini seperti latar belakang sekitar tahun 800 Masihi; menampilkan peta Scandinavia, England (York dan London) serta Paris; boleh memilih watak lelaki atau wanita untuk dimainkan, tapi tiada impak kepada jalan cerita; apa jua jantina yang dipilih, protagonis tetap bernama Jora. Persamaan butiran ini menandakan ia mungkin adalah sahih.
Seperti biasa, anggap saja laporan ini masih lagi dalam status khabar angin selagi ia tidak disahkan secara rasmi oleh Ubisoft. Sama-sama kita nantikan.
Comments
Loading…