Sudah bersedia untuk menjadi wira legenda Sparta?
Menjelang beberapa hari sebelum sidang media Ubisoft di E3 2018, satu lagi maklumat penting tentang Assassin’s Creed Odyssey telahpun tertiris. Kali ini, seorang Redditor telah menemui sinopsis jalan cerita yang telah dimuatnaik secara tidak sengaja di PlayStation Events.
Berikut adalah penerangan yang dimuatnaik tentang game ini:
“Tentukan takdir dan tulis pengembaraan epik kamu sendiri dalam kamu mengembara untuk menjadi seorang hero Sparta yang legenda. Alami pengembaraan mengangumkan dalam sebuah dunia di mana setiap pilihan adalah penting. Telah dibuang oleh keluarga kamu sendiri, kamu harus memulakan sebuah perjalanan daripada seorang askar upahan yang terbuang kepada seorang hero Sparta yang legenda untuk merungkai kebenaran tentang kisah silam kamu.”
Bagi kami, ada dua poin penting yang kita boleh ambil daripada penerangan ini. Pertama, ia mengesahkan tentang tentera Sparta yang diperacah dalam trailer pengumuman sebelum ini. Keduanya, frasa “every choice matters” itu menguatkan lagi tentang laporan sebelum ini mengatakan Assassin’s Creed kali ini bakal membawakan fungsi pemilihan dialog yang bakal menentukan jalan cerita seperti yang ada dalam siri The Witcher.
Selain hanya mendedahkan judulnya, Ubisoft masih lagi belum berkongsi lanjut tentang Assassin’s Creed Odyssey. Ia akan diperlihatkan dengan lebih lanjut dalam sidang media Ubisoft di E3 2018.
Comments
Loading…