in , , , ,

Assassin’s Creed Odyssey Akan Menjadi Lebih Lama Daripada Origins Untuk Dihabiskan

Assassin’s Creed Odyssey kali ini dikatakan akan mempunyai lebih banyak kandungan daripada game yang sebelum ini iaitu Assassin’s Creed: Origins.

Pengarah Assassin’s Creed Odyssey, Scott Phillips ketika ditemubual baru-baru ini oleh Game Informer mendedahkan kesemua maklumat terbaru mengenai game tersebut.

Antara yang didedahkan oleh beliau adalah Odyssey akan mengambil masa yang lebih lama dari Origins untuk dihabiskan. Yang mana standard jangka masa bermain untuk menghabiskan game itu adalah di antara 30 jam untuk pemain biasa.

Dengan jalan cerita yang lebih panjang, beliau berkata penciptaan semula peta Yunani Purba akan menjadi lebih besar daripada peta Mesir Purba. Ini bermakna, pemain akan mempunyai banyak masa untuk menerokai dunia Yunani Purba dan berinteraksi dengan sejarah Mykonos pada 431 Sebelum Masihi.

Dalam video di atas, Phillips membalas 107 soalan yang diajukan secara bertubi-tubi oleh penemu bual Game Informer untuk menjawab persoalan mengenai Assassin’s Creed Odyssey. Beliau menjelaskan mengenai fungsi struktur plot yang tidak linear dalam Odyssey di mana pemain diberikan pilihan dialog yang akan memberi kesan kepada naratif. Perubahan dalam penceritaan merupakan salah satu kemaskini terbaru dalam sejarah siri Assassin’s Creed dan Phillips percaya bahawa ia merupakan evolusi yang positif untuk siri itu.

Apabila ditanya penambahbaikan yang manakah yang beliau banggakan. Phillips membalas, “Menjadi ia RPG sepenuhnya, fokus dengan memberikan pemain pilihan dialog dan pilihan-pilihan lain yang mana hasilnya akan memberikan kesan kepada dunia permainan. Interaksi dengan karakter-karakter di mana kamu berasa mahu membina sebuah hubungan.”

Satu lagi formula berbeza dari siri-siri yang sebelum ini adalah karakter utama Assassin’s Creed Odyssey akan menjadi seorang tentera upahan dan bukannya seorang assassin. Sama ada pemain memilih untuk menjadi lelaki atau perempuan, mereka akan diberikan pilihan untuk membina sebuah hubungan romantik dengan NPC dari kedua-dua jantina.

Assassin’s Creed Odyssey akan dilancarkan pada 5 Oktober 2018 untuk PC, PlayStation 4, dan Xbox One.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Rainbow Six Siege Starter Edition Diperkenalkan - Lebih Murah, Tetapi Hanya 4 Operator Pada Permulaan

Rainbow Six Siege Boleh Dimainkan Secara Percuma Pada Hujung Minggu Ini Di PS4, Xbox One Dan PC

Trailer Terbaru Marvel’s Spider-Man Paparkan Open-World Luas, Berayun Penuh Bebas Di Bandar New York