Tuhan lindungilah kami.

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Assassin’s Creed: Odyssey akan membawakan lebih banyak elemen RPG, yang mana menjadi fokus kepada pembaharuan utama dalam game ini adalah kebolehan memilih dialog yang akan memberi kesan kepada tindakan karakter dan jalan cerita secara keseluruhan.

Pilihan pertama yang bakal pemain lakukan dalam game ini ialah memilih sama ada untuk menjadi protagonis lelaki atau wanita, iaitu sama ada Alexios atau Kassandra. Pemilihan ini hanyalah berbeza dari segi model karakter dan penyampaian suara sahaja, dan tidak berbeza dari segi jalan cerita. Makna kata, apa yang boleh dilakukan oleh kedua-dua karakter ini adalah sama.

Kemudian, Ubisoft turut mendedahkan yang pemain boleh menjalinkan hubungan intim dalam game ini.

Jadi, korang perhatikan dua perkara ini. Pertama, apa yang boleh dilakukan oleh Alexios dan Kassandra adalah sama. Kedua, karakter ini boleh menjalinkan hubungan intim. Maksudnya, apa jua karakter yang dipilih, pemain berpeluang untuk menjalinkan hubungan intim sesama jantina.

Senang cerita, secara tak langsung, Ubisoft akan membenarkan pemain untuk menjalikan hubungan sejenis dalam Assassin’s Creed: Odyssey.

Semakin lama, penerbit-penerbit game antarabangsa kini semakin berani membawakan elemen-elemen seperti ini. Dalam sidang media E3 tahun ini juga, Sony dan Naughty Dog telah memperlihatkan babak Ellie bercumbu dengan kekasih wanitanya, Dina dalam trailer gameplay terbaru The Last of Us Part II.

Assassin’s Creed: Odyssey akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 5 Oktober nanti.

Sumber: VG247

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.