in

Assassin’s Creed Mungkin Tidak Akan Dikeluarkan Setiap Tahun Lagi!

Siri Assassin’s Creed akan bertukar angin, adakah ia petanda baik?

assassin-creed-wallpaper

Sebelum ini, Ubisoft telah menyatakan bahawa siri Assassin’s Creed tidak akan dikeluarkan pada tahun ini, satu tradisi yang telah mereka lakukan sejak tahun 2009. Terkini, mereka telah mengatakan bahawa siri ini mungkin tidak akan lagi dikeluarkan pada setiap tahun apabila ia akan kembali menemui pemain semula kelak.

Seperti yang dilaporkan GameSpot, apabila mereka menemu ramah CEO Ubisoft, Yves Guillemot mengatakan bahawa siri tersebut akan dikeluarkan dengan “kerap”, namun tidaklah cenderuaya pada setiap tahun.

Memetik kata-kata Guillemot:

“The goal is not automatically to come back on annual cycle but to come on a regular basis. We saw it was time to give it lots of time so (developers) could really work on the property and all the mechanics to make sure we could take (the series) to another level.

What we are seeing today is promising. We will be able to come on a regular basis [but] we can’t say every year.”

Selepas pengeluaran Assassin’s Creed Unity yang boleh dikatakan sebagai game paling gagal apabila dibandingkan dengan siri Assassin’s Creed yang lain, nampaknya Ubisoft kini sudah belajar sesuatu.

assassin-creed-syndicate-012

Jadi, apa pendapat korang? Adakah perancangan Ubisoft untuk tidak lagi mengeluarkan siri ini pada setiap tahun adalah satu langkah yang bijak? Kongsikan dengan kami.

JomBaca: Assassin’s Creed Chronicles: India: Membawa Genre Stealth Platformer!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Video Games Live 2016: Konsert Perayaan Dunia Muzik Dalam Video Games!

Persona 5: Chief Director, Katsuna Hashino, Kongsi Banyak Info Menarik!