Walaupun gameplay masih belum ditunjukkan kepada umum, Ubisoft berkata Assassin’s Creed Mirage akan berlawanan dengan game-game terbaru yang memfokuskan kepada struktur open-world RPG.
Sebaliknya, Assassin’s Creed Mirage akan memfokuskan kepada skala kecil dan stealth.

Dengan pengalaman skala kecil, masa bermain tidak akan menjadi 100 jam seperti Odyssey dan Valhalla. Bercakap dengan pihak IGN, naib presiden produser eksekutif Assassin’s Creed, Marc-Alexis Côté berkata Mirage merupakan projek yang berskala lebih kecil yang dibina untuk meraikan ulang tahun francais Assassin’s Creed yang ke-15.
Pemain akan jangkakan masa bermain dalam lingkungan 15 ke 20 jam sama seperti game-game Assassin’s Creed asal, kata Côté.

Seperti yang korang harapkan juga, dengan projek berskala kecil pastinya harga juga berbeza dari game Assassin’s Creed lain. Ubisoft telah mengesahkan bahawa Assassin’s Creed Mirage Standard Edition berharga $49.99 (untuk Ringgit Malaysia, bergantung kepada platform).
Assassin’s Creed Mirage akan dikeluarkan pada tahun 2023 untuk platform PS5, Xbox Series X/S, PS4, Xbox One, PC, Stadia dan Amazon Luna.
Comments
Loading…