in , , ,

Assassin’s Creed Infinity Disahkan Sedang Dibangunkan, Game Live Service, Ambil Inspirasi GTA V, Fortnite

Ubisoft telah mengeluarkan satu kenyataan baharu yang berkongsikan apakah perancangan masa hadapan mereka untuk francais Assassin’s Creed.

Isi paling penting dalam kenyataan ini adalah mengenai pembangunan Assassin’s Creed Infinity. Ubisoft mengesahkan bahawa projek terbaharu ini menggunakan kaedah pembangunan rentas studio — iaitu satu kolaborasi antara Ubisoft Montreal dan Ubisoft Quebec, dua studio Ubisoft yang lazimnya bergilir-gilir dalam membangunkan game Assassin’s Creed.

Harus diingat, Assassin’s Creed Infinity hanyalah nama kod kepada projek ini. Dalam kata lain, judul rasminya masih belum dimuktamadkan. Bahkan Ubisoft turut mengesahkan yang projek ini masih lagi dalam fasa pembangunan awal.

Dalam kenyataan ini, Ubisoft tidak mendedahkan sebarang konsep atau kandungan yang bakal menjadi teras pembangunan Infinity. Sebaliknya, Ubisoft lebih memfokuskan kenyataan ini kepada siapakah individu-individu yang akan menerajui projek ini.

Berita tentang Infinity ini sebenarnya telah didedahkan lebih awal oleh Jason Schreier dari Bloomberg. Beberapa jam selepas pendedahan Schreier itu, barulah Ubisoft mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan tentang pembikinan Infinity.

Schreier mendedahkan bahawa Infinity akan memfokuskan kepada kandungan online atau dalam kata lain, sebuah game live-service yang akan sering membawakan perubahan dari semasa ke semasa.

Berbeza dengan setiap siri Assassin’s Creed sebelum ini yang hanya akan memfokuskan kepada satu-satu tema dan latar belakang — seperti mitologi Vikings, Greek, Mesir, dan lain-lain — Infinity pula akan mengumpulkan pelbagai tema dan latar belakang dalam satu game. Melalui konsep ini, game ini kelak akan mempunyai banyak ruang untuk berkembang dalam tempoh bulan-bulan atau tahun-tahun seterusnya.

Idea untuk membangunkan sebuah game live-service untuk Assassin’s Creed dikatakan, menurut Schreier, diinspirasikan daripada kejayaan Grand Theft Auto V dan Fortnite — sentiasa membawakan perubahan kandungan baharu serta pengalaman dramatik untuk menarik para pemain terus melekat dengan game tersebut.

Schreier menyatakan bahawa projek ini masih lagi dalam keadaan yang belum stabil dan masih bertahun jauhnya untuk dilancarkan. Sebab utamanya adalah disebabkan ramai pekerja Ubisoft yang terkesan dengan dakwaan #MeToo — iaitu satu pergerakan yang mengajak sesiapa sahaja untuk berani tampil ke hadapan sekiranya pernah menerima gangguan seksual.

Sama-samalah kita nantikan sebarang perkongsian lanjut tentang Assassin’s Creed Infinity, yang mana tentunya masih jauh bertahun untuk dilancarkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
PlayStation State of Play Akan Diadakan Pada Jumaat Pagi Ini, Tiada Berita PS5

State of Play PlayStation Seterusnya Fokus Kepada Deathloop – Tiada Sekuel God of War, Horizon Forbidden West

Tencent Guna Imbasan Wajah Untuk Bendung Kanak-Kanak/Remaja Main Game Lewat Malam