in , , , , , ,

Assassin’s Creed Compilation Sedang Dalam Pembikinan? Bakal Keluar Mac 2019?

Siri game Assassin’s Creed telah bertapak dalam industri ini lebih daripada 10 tahun. Ia telah menampilkan pelbagai keluaran dari pelbagai latar belakang. 

Terbaru, terdapat satu khabar angin yang timbul mengatakan sebuah game yang berjudul “Assassin’s Creed Compilation” sedang dalam pembikinan.

Satu laman jualan game dari Jerman, MediaMarkt telah menyenaraikan Assassin’s Creed Compilation untuk Nintendo Switch dan beberapa platform lain. Tarikh pelancaran yang diletakkan di laman web mereka untuk game ini ialah 29 Mac 2019. Malah, harganya turut diletakkan, iaitu €39.99 (RM189).

Walau bagaimanapun, laman web itu tidak memberikan sebarang info lanjut mengenai game tersebut, seperti mereka tidak menyatakan apakah game-game Assassin’s Creed yang akan dikompilasikan ke dalam Assassin’s Creed Compilation ini.

Apa-apa pun, janganlah terlalu percaya terhadap khabar angin ini kerana ia bukanlah datang dari kedai-kedai yang boleh dipercayai seperti Amazon ataupun Gamestop, jadi tidak perlulah meletakkan harapan sangat. Sehingga Ubisoft mengumumkannya secara rasmi, korang rileks je dulu.

Namun, khabar angin ini, sekiranya benar, pastinya tidak mengejutkan memandangkan Ubisoft pernah mengeluarkan beberapa model kompilasi sebelum ini, antaranya Assassin’s Creed: Heritage Collection, Assassin’s Creed: The Americas Collection dan Assassin’s Creed: The Ezio Collection.

Sumber: GameRant

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Cyberpunk 2077 Mensasarkan Untuk Mempunyai Kualiti Setaraf Red Dead Redemption 2

Naughty Dog Keluarkan Video Khas Meraikan Ulangtahun Kedua Pendedahan The Last of Us Part II