Assassin’s Creed Chronicles: India: Membawa Genre Stealth Platformer!

0

Siri terkini Assassin’s Creed bakal membawa peminatnya melawati India pula! Jom tengok trailer terbaru ini!

Assassin’s-Creed-Chronicles-India-01

Assassin’s Creed Chronicles: India akan memperkenalkan Arbaaz Mir sebagai protagonis utama dimana beliau telah tersepit dalam peperangan antara Empayar Sikh dan East India Company yang berlaku pada tahun 1841 di Amritsar.

Dalam siri 2.5D platformer ini, pemain akan membawa Arbaaz Mir dalam usaha mendapatkan sebahagian Piece of Eden yang dikenali sebagai berlian Koh-i-Noor. Pada waktu yang sama beliau juga terpaksa memastikan keselamatan kekasih hatinya, puteri Pyara Kaur.

Macam cerita Hindustan la beb!

Menarik bagaimana Ubisoft telah mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan sebarang sebarang game besar dari siri Assassin’s Creed dan fokus dengan game yang lebih kecil seperti Assassin’s Creed Chronicles yang mengupas idea dalam perjuangan Assassin menentang Templar Knights.

Assassin’s Creed Chronicles: India bakal berada dipasaran mulai 12hb Januari untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Assassin’s Creed di Mesir!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.