Terdapat khabar angin yang bertiup kencang, di mana Ubisoft pada tahun ini dijangka tidak akan mengeluarkan game Assassin’s Creed.

assassin-creed-wallpaper

Nampak gayanya, Ubisoft pada tahun ini bakal memecahkan tradisi yang telah mereka lakukan – iaitu selama 6 tahun berturut-turut yang lepas, mereka telah mengeluarkan game Assassin’s Creed. Tradisi ini yang mereka telah lakukan sejak tahun 2009, nampak gayanya bakal ‘direhatkan’ sementara untuk tahun 2016.

Apa yang lebih menarik, game Assassin’s Creed yang seterusnya dikatakan akan berlatarbelakangkan di Mesir – di mana code-name yang telah diberikan adalah Empire.

Ramai peminat tegar yang menginginkan Ubisoft untuk berehat seketika dalam mengeluarkan game Assassin’s Creed kerana mereka mahukan gameplay dan mekanik game yang ditambahbaik dari siri-siri sebelum ini. Jadi, dengan tertirisnya ura-ura ini, ia seperti pucuk dicita ulam mendatang. Jangka masa ini bakal memberikan pihak Ubisoft masa yang lebih lama untuk membangunkan game ini dan menukarkan gameplay yang agak repetitif selama ini.

assassin-creed-syndicate-knuckles

Jadi, apa korang rasa mengenai berita? Adakah ia sesuatu yang baik kepada siri Assassin’s Creed ini? Tinggalkan komen korang di bawah!

JomBaca: Assassin’s Creed Syndicate: 5 Fakta Menarik Yang Korang Perlu Tau!

4 Komen!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.