Bukan tiap-tiap tahun.
Ubisoft sendiri telah mengesahkan yang game Assassin’s Creed baru tidak akan dikeluarkan pada tahun 2019.
Bercakap di acara Gamescom 2018, CEO Ubisoft, Yves Guillemot mengatakan yang mereka tidak akan mengeluarkan sebuah game Assassin’s Creed baru pada tahun hadapan, sebaliknya mereka akan menyokong Assassin’s Creed Odyssey dengan mengeluarkan beberapa kandungan tambahan, lapor Gamespot.
Beliau turut menjelaskan yang faktor syarikat itu mengeluarkan Origins dan Odyssey pada dua tahun berturut-turut adalah disebabkan kedua-dua game ini telah dibangunkan pada waktu yang sama. Maka sebab itu, pelancaran kedua-dua game ini adalah dekat.
Siri game Assassin’s Creed cukup terkenal dengan pelancaran tahunannya. Namun, pada tahun 2016, siri ini telah berehat selepas dua game sebelumnya, Unity dan Syndicate mendapat kecaman yang teruk daripada para peminat dan pengkritik.
Apabila Ubisoft mengeluarkan Origins dan Odyssey pada 2 tahun berturut-turut, iaitu pada 2017 dan 2018, ramai yang beranggapan bahawa siri ini akan kembali kepada pelancaran tahunannya.
Dan CEO Ubisoft sudahpun menafikan dakwaan ini. Assassin’s Creed tidak akan kembali kepada pelancaran tahunan. Jadi, maknanya, khabar angin sebelum ini yang kononnya game akan datang Assassin’s Creed akan menggunakan latar belakang tamadun Jepun kemungkinan akan dikeluarkan pada tahun 2020?
Komen korang?
Assassin’s Creed Odyssey akan dilancarkan untuk PC, PS4 dan Xbox One pada 5 Oktober ini.
Comments
Loading…