Adakah Assassin’s Creed juga akan meneruskan tradisi mereka mengeluarkan satu game Assassin’s Creed sekali setahun?

Baru-baru ini, Ubisoft mengumumkan empat AAA game bakal dikeluarkan sebelum bulan Mac tahun hadapan dan antara empat game itu ialah Assassin’s Creed baru. Walaupun judul untuk Assassin’s Creed baru belum lagi dinyatakan oleh Ubisoft tetapi kemungkinan besar Assassin’s Creed akan berlayar ke zaman Mesir Purba.

Dalam persidangan laporan kewangan Ubisoft, CFO Alain Martinez turut menjawab pertanyaan tentang Assassin’s Creed baru dan antara soalan diajukan kepada beliau adalah berkenaan ciri live services. Menurut Martinez, beliau mengesahkan live services akan muncul dalam Assassin’s Creed baru. Tambahan beliau, live services terlibat dalam semua game Ubisoft dan setiap game mempunyai ciri live services mereka yang tersendiri, seperti live services Ghost Recon Wildlands berbeza dengan live services Rainbow Six Siege.

Dalam persidangan sama, CEO Yves Guillemot tidak mahu memberi sebarang komen tentang keluaran Assassin’s Creed mahu kembali kepada status keluaran sekali setahun atau sebaliknya setelah siri Assassin’s Creed sudah mengambil satu tahun berehat sejak keluaran Assassin’s Creed: Syndicate pada tahun 2015.

JomKomen!