Tahun lalu, Ubisoft telah memasukkan sekali Assassin’s Creed 3 Remastered dalam Season Pass untuk Assassin’s Creed Odyssey.

Terbaru, mereka telah mengumumkan yang Assassin’s Creed 3 Remastered akan dilancarkan secara standalone (boleh beli secara berasingan) di PS4 dan Xbox One pada 29 Mac ini.

Versi ini akan menampilkan sokongan 4K dan HDR, bersama-sama dengan tekstur resolusi yang lebih tinggi, enjin grafik baru, dan beberapa penambahbaikan grafik lain. Malah, beberapa gameplay mechanics dan ergonomics telah diperbaiki.

Selain itu, versi ini juga akan memasukkan sekali Assassin’s Creed Liberation Remastered bersama-sama dengan kesemua DLC solo.

Korang boleh saksikan trailer di bawah, yang mana Ubisoft membandingkan grafik antara versi asal di konsol generasi lalu dengan grafik di PS4 dan Xbox One.

JomKomen!