in , , , , ,

Ashly Burch Dan Hannah Telle Kembali Sebagai Max Dan Chloe Untuk Episod Bonus Life is Strange: Before The Storm

Square Enix mengumumkan pelakon suara asal Max dan Chloe – Ashly Burch dan Hannah Telle kembali memberikan persembahan suara mereka bagi episod bonus yang disertakan ke dalam Life is Strange: Before The Storm Deluxe Edition.

Square Enix melaporkan bahawa pasukan pembangunan prekuel Life is Strange berasa sangat gembira dengan kepulangan semula Ashly Burch dan Hannah Telle untuk episod “Farewell” yang dijangka akan tiba pada awal tahun 2018.

Sebelum ini, Ashly Burch tidak dapat melakon-suara watak Chloe kerana Burch sedang berada dalam tempoh pemboikotan sementara antara studio dan SAG-AFTRA yang bertujuan untuk mencari satu peluang bagi mempertingkatkan keadaan pelakon suara dalam industri game. Namun, Burch masih bekerjasama dengan Deck Nine bukan sebagai suara Chloe tetapi sebagai penasihat dalam penulisan jalan cerita Before The Storm.

Saksikan video di sebalik tabir bagi pembikinan episod “Farewell”:

Tambahan lagi, pelakon suara Chloe bagi Life is Strange: Before The Storm, Rhianna DeVries masih lagi akan bekerjasama bersama-sama Deck Nine secara dekat terutamanya dalam persembahan motion capture Chloe untuk episod-episod seterusnya.

Life is Strange: Before The Storm sudah dikeluarkan untuk PS4, Xbox One dan PC dengan hanya lagi satu episod akhir sebelum tibanya episod bonus “Farewell” khas untuk pembeli Deluxe Edition.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PlayerUnknown’s Battlegrounds Versi Xbox One X Akan Mensasarkan 60FPS

Tom Holland Acah-Acah Menunjukkan Menu Utama Uncharted: The Nathan Drake Collection Di Instagram